Kami ada membekalkan induk lintah dengan harga RM1.40 ke RM2.00 seekor tidak termasuk pembungkusan dan penghantaran . Kami juga ada membekalkan anakbenih lintah dengan harga RM0.60 ke RM1.00 seekor. Anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat dari kami dengan menhubungi email fanco@bizmz.com atau ZUL nombor 012-9526148



Wednesday, July 23, 2008

Projet Ternak Lintah

Lintah dikategorikan dalam Filum Annelida (cacing bersegmen) kelas Hirundinea. Lintah merupakan hidupan yang bersegman dan berulas, walaupun hamper sana dengan cacing tanah, ia mempunyai car hidup yang amat berbeza dab terperinci.

Badan lintah terbahagi kepada jumlah bahagian yang sama iaitu 34 ulas, dengan kuasa lekatan yang amat kuat dikedua dua hujung dan pangkal. Bentuk badannya yang lebar pada bahagian atas dan bawah. Bentuk bandan nya yang mampu berubah mengikutkeadaaan, tetapi kebanyakannya mampu memanjang pada tahap teetentu bergantung pada tahap tertentu kepada saiz danb kekuatan nya . mempunyai 2 penghisap (sucker) iaitu dihadapan dan dibelakang.

Lintah mempunyai 3 rahang dan membentuk huruf Y tetapi tidak bersambung.

Jenis yang berbeza

Lintah dibezakan mengikut kaedah ia makan. Satu kumpulan (lintah berahang atau Gnatbobdellida) menpunyai dan gigi untuk menggigit mangsa. Sejenis cecair yang dinamakan hidrudin dihasilkan daripada sel sel hidup dan bertindak sebagai pengantikental. Ia amat berbeza daripada pacat.

Kumpulan kedua ( tiada rahang atau Rhyncobdellida) dimana lintah jenis ini memasukkan jarum yang agak menonjol seperti belalai kedalam mangsa dan mengeluarkan enzim hemetin bagi menlenyapkan pembekuan selepas terbentuk

Kempulan ketiga merupakan lintah bulan dimana jenis ini tiada rahang mahupun gigi dan akan menelan kulat atau serangga.

Pernafasan

Lintah bernafas melaluikeseluruhan dinding badannya dan pergerakkan yang perlahan dan beralun adalah untuk membantunya menukarkan gas. Lintah yang hidup didialam air cenderung untuk bergerak dipermukaan apbila mendapati ia kekurangan bekalan aksigen didalam air.

Deria

Organ deria rasa yang terletak dibahagian hadapan dan belakang mampu member maklumat kepada lintah mengenai ketelusan cahaya, suhu dan pergerakan. Penerima kimia dikepala member maklumat mengenai baud an disitu mempunyai beberapa pasang mata.

Lintah yang tiada rahang (Rhyncobdellids) mampu mengubah warna mengikut keadaan akan tetapi ia gagal menyamar sekiranya ia tidak dapat memastikan mangsa pada masa itu.

Pembiakan

Lintah mempunyai kedua dua jantina iaitu kemaluan ja

ntan dan betina. Sepertiu cacing tanah lintah juga menpunyai klitelum, ia akan berada dikulit tebal ketika musim membiak. Persenyawaan melibatkan kedua dua alat kelamin dimana badan menghasilkan sperma berhampiran dengan bahagian klitelum. Bagi lintah (Rhyncobdellis) ia todak mempunyai alat kelamin jantan akan tetapi dinding badannya mampu menghasilkan sperma.


Sperma ini akan menuju kerahim dimana penyatuab bertempat. Klitelum pula mengeluarkan sejenis cecair yang pekat yang dikenali sebagai kokon yang mengandungi nutrin untuk meneluarkan anak didalam nya.

Lintah akan melepaskan kokon ini sebaik saja ia melepasi bahagian kepala lintah.

Kokon akan ditinggalkan pada bata kayu atau daun dan akan dipenuhi dengan buih. Selepas beberapa minggu,kokom tadi akan berubah menjadi juvenile (anak Lintah). Juvenil mempunyai sifat yang sama dengan lintah dewasa tetapi saiznya yang kecil dan berwarna merah. Purata tempoh matang ialah 6 bulam selepas keluar dari kokon domana pada peringkat ini ia sudah mampu mengawan. Lintah tempatan (Hirudinaria Manillensis) dilaporkan boleh hidup sekitar 6 hingga 8 tahun dan mampunyai tahap pembiakkan yang tinggi pada umur sekitar 2 hingga 3 tahum.

Permakanan Lintah

Lintah merupakan sejenis parasit yang hidup menumpamg haiwan lain. Sesetengan lintah akan menghisap darah manusia dan haiwan seperti lempu kerbau dan sebagainya. Akan tetapi sekiranya dapat menghisap darah yang tercatat di atas ia akan mencari mangsa lain seperti ikan katak belut dan sebagainya.

Selepas menghisap darah sehingga kenyang , ia akan mencari tempat yang gelap untuk menghadamkan makanannya. Teopoh penghadamannya agak panjang dan manpu bertahan sehingga berbulan bulan setelah mendapat makanan.

Habitat Lintah

Kebanyakan lintah merupakan hidupan air tawar akan tetapi ada juga yang hidup didarat. Lintah yang hidup didarat biasanya boleh didapati dihutan hujan. Lintah jenis ini tidak tahu berenang akan tetapi mempu bertahan lama sekiranya tenggelam. Dikawasan yang panas dan kering, lintah akan bersembunyi didalam tanah atau ditempat yang lembab supaya ia dapatr bertahan dan hidup lebih lama. Dalam keadaan ini badannya akan menjadi kering dan mengcut dan ia tidak mampu menyedut darah. Dalam masa 10 minit sekiranya ia terkena percikan air ia akan kembali aktif. Lintah yang hidup didalam air pula lebih suka air yang tenang atau pun yang mengalir perlahan. Akan tetapi ada juga jenis yang hidup didalam air yang deras.

Bidang Perubatan

Lebih 2000 tahun, lintah diperlukan dalam bidang perubatan sebagai pencair darah. Ia digunakan di Eropah pada tahun 1830 dan 1850, tetapi akibat kekurangan bekalan ia tidak lagi digunakan. Hari ini ia kembali digunakan dalam perubatan antaranya dalam pembedahan plastic. Lintah diklasifikasikan seperti produk darah yang lain dan hanya boleh digunakan satu lintah pada satu persakit. Cecari yang dihasilkan oleh lintyah yang dikenali sebagai Hirudin amat berguna dalam bidang perubatan ini. Contoh ia mampu mencairkan darah dan juga dalam penghsilan ubat untuk bengkok pada telinga.

Untuk menjauhkan Lintah

Kebiasaannya ramai orang yang mahu dirinya dijauhi lintah, ada berapa kaedah untuk mengelakkan daripada digigit lintah ini antaranya

1. Menyapukan sabun pada kulit dan dibiarkan kering

2. Menyapukan minyak kalu putih

3. Limau nipis dan lemon

sumba http://www.austmus.gov.au/factSheets/leeches.htm

d

0 comments:

Newer Post Older Post Home

 

blogger templates | Make Money Online