Kami ada membekalkan induk lintah dengan harga RM1.40 ke RM2.00 seekor tidak termasuk pembungkusan dan penghantaran . Kami juga ada membekalkan anakbenih lintah dengan harga RM0.60 ke RM1.00 seekor. Anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat dari kami dengan menhubungi email fanco@bizmz.com atau ZUL nombor 012-9526148



Sunday, July 6, 2008

Kegunaan Lintah

Lintah perubatan (Hirudo Medicinalis)
Secara kasar, cuma 600 spesis lintah sahaja yang telah dikenal pasti hingga kini, tetapi hanya 15 jenis sahaja yang digunakan dalam perubatan. Lintah yang dikelaskan sebagai lintah perubatan, Hirudo Medicinalis, telah lama digunakan untuk merawat pesakit berabad lamanya.

Sejarah perubatan lintah
Rekod dokumentasi yang pertama menggunakan Hirudo Medicinalis untuk tujuan perubatan bertarikh seawal zaman hippokrat. Menurut penulisan Sanskrit, Dhavantari, bapa perubatan India, mengatakan “ pegang madu disebelah tangan dan lintah disebelah tangan lagi”. Selain itu, terapi lintah juga digunakan dalam perubatan kuno cina. Lukisan lintah perubatan telah dijumpai dalam makam dukun-dukun. Terapi lintah dalam perubatan Greek boleh dijumpai dalam puisi Alexipharmacia karya Nicandros. Pakar perubatan Roman, Galen, mengelaskan terapi lintah sebagai kaedah untuk mencapai keseimbangan kesihatan. Di masa lampau, lintah dibuktikan sebagai kaedah paling berkesan dalam banyak kes perubatan terutama melawan rawatan luka. Negara Eropah pada dekat ke 18 dan 19 telah mengimport lebih 10 juta lintah setiap tahun untuk memenuhi permintaan yang tanggi.

Penggunaan Klinikal
Penggunaan secara klinical pertama yang direkodkan terhadap lintah perubatan (Hirudo Medicinalis) berlaku kira-kira 2500 tahun yang lalu kerana gigitan lintah menyebabkan pendarahan luka kecil yang menyerupai venuos di kawasan tisu rosak, haiwan invertabrata kecil ini menjadi sangat bernilai kepada pembedahan plastic dan pembedahan pembinaan semula. Lintah tersebut menhasilkan beberapa jenis bahan penting yang membantu dalam gigitan iaitu bahan anti pembekuan darah dan vasodilator setempat. Bahan-bahan ini membolehkan pendarahan berterusan sehingga 48jam selepas lintah dipisahkan dari tempat luka.

Terapi Lintah digunakan untuk merawat:

  1. glaucoma
  2. myasthenia
  3. inflammatory reactions
  4. heart diseases
  5. rheumatic diseases
  6. tendovaginitis and tendonitis
  7. venous disease and varicose veins
  8. arthrosis
  9. arthritis
  10. muscle tension
  11. trombosis and embolism
  12. passive congestions and spastic conditions
  13. vertebrogenic pain syndromes
  14. transudates and exudates
  15. antidyscratic therapy (blood purification and regeneration) of toxicosos and mental illnesses
Kelebihan Terapi Lintah
Kelebihan yang ketara dan keselamatan penuh terapi lintah dikaji dari pengalaman manusia beratus tahun tanpa ragu. Satu dari bahan pertama dijumpai dalam kelenjar liur lintah perubatan ialah hirudin (bahan yang menghalang proses pembekuan darah)

Kesan dari bahan aktif biologi keatas organisma hidup:
  • menormalkan dan membaik pulih kitaran kapilari
  • kesan anti-inflamasi yang amat cepat
  • kesan anti stress dan adaptonege
  • kesan immunostimulating dan immunomodulating
  • anesthesia
  • anti pembekuan
  • kesan anti bacteria
  • membaik pulih pertukaran endocelluar dan kesedaran pengunaan mekanisma ini mempunyai karaktor setempat dan menyeluruh

Info lintah

“Ramai pastinya berasa geli-geleman jika disuruh memegang lintah. Apa tidaknya, dengan bentuk tubuh yang berbulu, licin, liat dan terkenal sebagai penghisap darah, lintah bukan menjadi pilihan untuk dibelai. Sejak ribuan tahun, lintah telah banyak digunakan dalam bidang perubatan terutama dalam menyelesaikan masalah pengaliran darah. Kandungan hirudin yang ada di dalam lintah adalah antikoagulan yang sangat berkesan menahan darah dari membeku manakala Histamin pada lintah pula dapat mengembangkan salur darah”

Info lintah
Lintah banyak digunakan untuk ramuan kosmetik dan industri perubatan. Lintah liar semakin sukar ditemui di sungai kerana banyak bahan kimia terenap manakala di sawah padi, penggunaan mesin bajak menggantikan kerbau menyebabkan habitatnya semakin pupus. Bekalan lintah semakin berkurangan menyebabkan harganya melambung sehingga mencecah RM120 sekilogram. Untuk 100 kilogram lintah yang diternak, ia memerlukan 30 hingga 40 kg belut. Lintah juga boleh mendapatkan sumber pemakanan daripada anak katak, larva terampai dalam air serta spesis umbut daun tertentu.

Lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asalnya. Induk lintah boleh menghasilkan 300 hingga 500 benih lintah sekali bertelur. Lintah adalah hermapordit (jantan dan betina dalam satu badan), tetapi perlu mengawan untuk membiak. Kedua-dua lintah akan menyalurkan sperma ke badan pasangan. Ada pakar berpendapat lintah adalah binatang dwijantina yang mana jantinanya akan berubah-ubah mengikut umur dan saiz. Apabila berjantina lelaki, lintah menjadi liar dan galak. Sebaliknya apabila bertukar jantina betina lintah akan mula betindak pasif dan bertelur setelah mengawan.

Makanan lintah yang utama adalah darah. Samada darah kerbau, lembu, kura-kura, ikan darat, belut dan juga manusia. Lintah akan melepaskan gigitan selepas darah yang dihisap mencukupi. Lintah boleh menghisap darah lima kali melebihi berat badannya.

Secara tradisi lintah dikutip dengan cara pengumpul berdiri dalam tasik atau kolam dan apabila lintah melekat di kaki, mereka mencabut dan disimpan dalam bakul untuk dijual.

Pakar Lintah
Sela masa daripada telur kepada benih lintah adalah 2 hingga 3 minggu, mengikut spesis. Dalam Malaysia terdapat 6 spesis. Lintah pula tergolong dalam dua jenis, iaitu yang boleh bertelur dengan yang beranak. Kematangan lintah tidak dapat dipastikan, perlu lihat pada saiz. Lintah akan mencapai umur menopause (tamat pembiakan) iaitu dalam 2 hingga 3 tahun. Induk lintah biasa hanya boleh bertelur 20-30 ekor sahaja. Manakala yang bertelur sehingga 300 ekor sekali bertelur itu merupakan spesis dari oversea (hanya penternak dapat tahu bilangan telur yang sebenar).

Lintah bertelur 5 hingga 6 kali. Lintah boleh bertelur banyak kali mengikut keadaan. Contohnya untuk tangki 2 kaki, letaklah 20 induk. Apabila sudah bertelur, asingkan induk sehingga induk lintah itu tidak lagi boleh bertelur. Habitat lintah yang paling sesuai untuk bertelur adalah kurang gangguan, Sikit makan, Kualiti air pH 7 ke atas, Oksigen 4 mmg, Suhu biasa, dan cahaya yang gelap.

Potensi Lintah
Dari segi potensi pasaran pula, harga lintah dewasa boleh mencecah antara RM60 hingga RM300 sekilogram mengikut saiz dan syarikat yang membeli. Sebagai contoh, 1 ekor lintah dewasa boleh menghasilkan 300 lebih anak. 500 ekor X 300 ekor anak = 150,000 ekor. 1kg = (anggaran 100 ekor) Harga Pasaran (paling murah) 1kg lintah = RM60.00. Maka 150,000 ekor / 100 ekor = 1500kg X RM60.00 = RM90,000 (Sembilan puluh ribu ringgit Malaysia).

Anggaran Kos Kolam termasuk induk (benih)=RM4,000 hingga RM5,000. Anggaran Kos Pembiayaan Kolam dan induk (benih) untuk 6 bulan iaitu Makanan disyorkan = 439 kg X RM15 = RM6585. Kos belut (harga pasaran belut semasa RM10-15/kg. Kos Kolam + Kos Pembiayaan adalah RM5,000.00 + RM6,585.00 = RM11,585.00. Aggaran Keuntungan untuk satu kolam pula adalah; Jualan (1500kg) = RM 90,000. tolak Anggaran Perbelanjaan RM 5,000.00 dan Anggaran Perbelanjaan (makanan) = RM 6585.00. Maka anggaran Pendapatan bersih adalah RM 78,415.00. Sebulan penternak dijangka mendapat (RM 78,415.00 / 6 bulan) RM 13,069.00 (Ringit Malaysia tiga belas ribu enam puluh sembilan). Kalau ada 10 kolam maka darablah dengan 10. Anggaran.

Hukum Lintah
Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan bahawa hukum menternak lintah untuk tujuan perniagaan adalah harus. Walau bagaimana pun hukum memakan lintah adalah haram sama ada secara langsung atau melalui suntikan. Namun jika dibuat minyak atau seumpamanya untuk kegunaan luaran sahaja hukumnya adalah harus (ruj. Al-Dumairiy, Hayat al-Hayawan 74)

Melalui laman al-ahkam.net pula, Hukum lintah (leech family): samada najis atau suci tidak dapat dipastikan dan ia tertakluk kepada kaedah fiqh yg masyhur: al-Asyl fii al-asy-ya al-ibahah (hukum asal bagi segala sesuatu yg diciptakan adalah harus). Al-Imam Syed Ridha dalam tafsir al-Manar ketika mentafsir ayat al-Baqarah: 29 (Dialah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu) berkata, harus mengambil manfaat dari segala ciptaan Allah untuk dijadikan bahan makanan, minuman, pakaian, kenderaan, perhiasan dan juga PERUBATAN. (Tafsir al-Manar (1/247), juga kata al-Amir alSyun’ani, “sebenarnya asal segala sesuatu adalah suci dan pengharamannya tidak semestinya ia najis.” (subulus Salam, 1/49). Kata Syaikhul Islam Abul Abbas Ibn Taymiyah alharani alsalafi, “asal segala sesuatu di muka bumi dgn kepelbagaian jenis dan sifat adalah suci dan halal secara mutlak, tidak diharamkan kepada manusia memakai, mengguna atau menyentuhnya.” [Majmu’ Fatawa 21/535)

Tambahan pulak lintah walapun tidak pernah dijadikan makanan manusia, tapi sudah sekian lama digunakan dalam perubatan, terutama di Barat sebagai terapi pembuangan darah dan toksin dari pesakit dengan menggunakan lintah hidup. Maka lintah telah terbukti mempunyai nilai perubatan di sisi manusia. Maka jika terbukti lintah mempunyai nilai perubatan, boleh diternak dan dimanfaatkan dan ia adalah halal.

Namun, tidak dapat dielakkan, menjual lintah hidup2 adalah berkait dengan hukum najasah (mengikut mazhab syafie). Jika memandang kpd kenajisannya, maka berjual beli dengannya adalah haram. Tetapi jika menurut mazhab Hanafi, dengan memandang kepada manfaatnya, maka harus ia dijualbeli.

Ada juga pendapat mengatakan hukum menjual lintah hidup sama seperti menjual ular sawa, katak dan biawak kepada orang yang tahu memanfaatkannya. namun jika diketahui tujuannya adalah untuk dimakan, maka tidak harus menjualnya kepada orang Islam, kerana memakannya adalah haram. Mengikut kaedah apa yang membawa kepada haram adalah haram.

Jika digunakan untuk tujuan yang harus seperti perhiasan, ubat sapu dll maka haruslah dijual dengan syarat ia hendaklah memaklumkan hukum kenajisan haiwan itu, supaya ia dapat berlepas diri daripada sebarang akibat yang tidak baik di kemudian hari.. Ya, hukumnya kekal harus selagi tidak menimbulkan mudarat kepada penggunanya. Jika ia boleh mendatangkan kesan mudarat, maka berubahlah hukumnya kepada haram. Tetapi jika mudarat itu hanya menimpa seseorang tertentu, dan tidak kepada orang yang lain. Maka yang haram hanya ke atas orang yang terkena mudarat sahaja.

Kursus lintah
Hari ini ramai penganjur kursus menternak lintah samada orang perseorangan atau pun agensi yang besar-besar. Sebagai contoh Siri kursus anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bermula April 2008 dengan pendaftaran sebanyak RM300 seorang. UPM juga pernah menganjurkan kursus seumpamanya di Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC), Universiti Putra Malaysia sekitar bulan Mei 2008 dengan yuran RM400. Di Kelantan kursus seumpama ini tumbuh bagai cendawan lepas hujan dan iklan-iklan berkenaan dengannya bertaburan dalam akhbar-akhbar utama yang boleh didapati di negeri ini terutama akhbar Sinar Harian edisi Kelantan.

Peluang perniagaan
Sahabat kita Zul ada melakukan perusahaan ini. Beliau mempelawa mana-mana individu yang berminat untuk sama-sama mengembangkan perniagaan dan sama-sama mengambil manfaat daripadanya. siapa siapa yang berminat bolehlah hubungi beliau dengan email ini fanco@bizmz.com
Manakala perkhidmatan yang beliau juga ada sediakan kepada penternak lintah sedia ada seperti;
1. Menjual lintah induk dengan harga termurah di pasaran iaitu RM1.80 dan RM2.00 untuk seekor lintah. Khidmat penghantaran akan disediakan untuk tempahan melebihi 500 ekor induk.
2. Membekal belut kampung dengan harga sekitar RM12-18 sekilo mengikut saiz dan rundingan. (Khidmat penghantaran juga disediakan)
3. Memberi kursus dan seliaan (melihat tapak) peliharaan lintah.

Saturday, July 5, 2008

Hukum Penternakan Lintah

Assalamualaikum. Lama juga aku tak bersiaran. Kali ini aku nak kongsi maklumat mengenai hukum penternakan lintah. Ramai sangat yang bertanyakan mengenai perkara ini. Biar Majlis Fatwa Kebangsaan yang memberikan jawapan. Moga terungkailah segala kekusutan yang melanda pemikiran.




Sumber : http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=3110

Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bermuzakarah bagi kali ke-81 pada 31 Mac 2007 telah memutuskan bahawa hukum menggunakan lintah dan cacing dalam perubatan dan kosmetik adalah diharuskan. Berjual beli atas dasar manfaat yang diperolehi daripada kedua-dua haiwan tersebut juga adalah diharuskan oleh Islam.

Muzakarah kali ini juga turut memutuskan bahawa buat masa ini belum ada keperluan untuk menggunaan satelit bagi mencerap hilal dalam menentukan bulan-bulan qamariah khususnya Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah memandangkan kaedah hisab dan rukyah yang digunakan masih sesuai. Walaubagaimanapun untuk tujuan penyelidikan dan merakam pergerakan bulan penggunaan satelit adalah diharuskan.

Muzakarah kali ini turut merakamkan ucapan tahniah kepada Sahibus Samahah Dato’ Hj. Abdul Rahman bin Osman yang baru dilantik sebagai Mufti Kerajaan Negeri Pahang berkuatkuasa pada 15 Disember 2007 yang lalu dan Jawatankuasa juga mengalu-alukan kehadiran kembali Sahibus Samahah Datu Haji Loling Othman bin Haji Alwi yang telah dilantik semula sebagai Mufti Negeri Sarawak.

Sebanyak empat(4) kertas kerja telah dibincangkan pada muzakarah kali ini dan juga taklimat daripada Prof. Dr. Zhari bin Ismail, pakar dalam bidang sains farmasi Universiti Sains Malaysia. Sementara itu, Pengerusi JKF, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor bin Hj. Husin dalam ucapan aluannya menegaskan bahawa perpaduan dan kesatuan umat Islam amat penting dan beliau berharap semua ahli Jawatankuasa dapat sama-sama membimbing dan mendidik masyarakat khususnya umat Islam supaya memberi keutamaan kepada kepentingan dan kedaulatan ummah dan meninggalkan polemik serta isu-isu yang boleh menghalang dan melemahkan perpaduan umat Islam.

Thursday, July 3, 2008

Usahawan Ikan laga

MEMANG agak pelik apabila mengetahui ada golongan wanita yang begitu berminat dengan ikan hiasan apatah lagi ikan itu pula adalah dari spesies BettaSplenden atau lebih dikenali sebagai ikan laga. Namun bagi Mariyati Abdullah, 54, dunia ikan hiasan bukan hak mutlak lelaki semata-mata malah beliau membuktikan lebih jauh lagi apabila menukarkan minatnya itu kepada sebuah perniagaan yang menguntungkan.

Membuka cerita ketika berkunjung ke kediamannya yang turut dijadikan kawasan penternakan ikan laga, Mariyati berkata, segala-galanya bermula daripada hobinya yang gemar membela ikan laga di rumah seperti kebanyakan orang. Hobinya itu juga telah mendorong beliau membeli lima pasang ikan laga dari Thailand yang kemudiannya membuka jalan kepadanya untuk menceburi dunia perniagaan dengan lebih serius. Baka-baka ikan yang dibeli ketika itu terdiri daripada varieti halfmoon, crown tail, short tail, double tail dan fighting fish selain spesies ikan laga liar. Tanpa diduga ikan laga yang dibelinya itu membiak dengan pantas dalam masa yang cukup singkat memaksanya membina kawasan penternakan yang berasingan dan lebih besar di sebelah rumahnya.

Melihat kepada sambutan orang ramai serta menerusi bantuan seorang rakan yang sanggup menjadi pengedar, Mariyati kemudiannya tekad menukar hobinya itu kepada cabang perniagaan dan mengusahakan penternakannya bersungguh-sungguh sehingga pernah mencapai 10,000 ekor dalam satu-satu masa. “Menariknya mengenai penternakan ikan laga ialah, ia sentiasa mendapat sambutan di kalangan orang ramai selain tidak ramai pengusaha yang benar-benar mengusahakannya untuk tujuan pasaran,’’ ujarnya.

Namun beliau mengakui, penjagaan ikan laga ini agak rumit dan cerewet terutamanya dari segi penjagaan air dan makanan yang merupakan dua aspek penting dalam memastikan peratus hidup anak-anak ikan laga tinggi. Air misalnya perlu digantikan dua hari sekali manakala makanan pula perlu diberikan sebanyak dua kali sehari. Selain dipastikan kandungan air yang tidak terlalu banyak, ia juga perlu bebas daripada klorin sama ada menggunakan teknologi penapis atau ubat anti klorin yang boleh didapati di pasaran. Sekiranya menggunakan air paip biasa pula, ia perlu dibiarkan terlebih dahulu sekurang-kurangnya selama 2 hingga 3 hari sebelum boleh digunakan.

Makanan pula diberikan pada sebelah pagi dan petang sama ada cacing merah atau jentik-jentik dan beliau sendiri turut menghasilkan cacing merah sendiri menggunakan kaedah yang dipelajari dari seorang rakan. “Cacing merah ini juga boleh didapati di mana-mana kedai ikan hiasan dalam bentuk tablet dan perlu dibasahkan dahulu sebelum diberikan kepada ikan laga. “Bagaimanapun, saya tidak menggalakkan ikan laga diberi makan pallet kerana ia boleh menjejaskan kualiti air,’’ katanya. Ikan laga tambah Mariyati, mampu membesar sehingga lima inci dengan jangka hayat hidup selama kira-kira dua tahun.

Ikan laga jantan lebih cantik dan lebih besar daripada betina dan kebiasaannya proses mengawan akan berlaku sebaik ikan laga mencapai umur kira-kira tiga bulan. Untuk tujuan mengawan, ikan laga jantan dan betina akan diletakkan di dalam bekas yang sama selama kira-kira dua hingga tiga hari dan proses mengawan dipastikan berlaku apabila ikan laga betina menjauhkan diri dari ikan laga jantan. Ketika ini, ikan laga betina akan diasingkan dan ikan laga jantan akan dibiarkan menjaga telur-telur ikan tersebut di dalam buihnya sehingga menetas iaitu kira-kira beberapa hari kemudiannya. Sebaik menetas anak-anak ikan itu yang berjumlah beratus-ratus ekor akan diasingkan bagi mengelakkan ia di makan oleh ikan jantan dewasa dan diletakkan di dalam bekas yang lebih besar.

Menurut Mariyati, ikan laga mendapat sambutan yang menggalakkan ekoran kecantikan dan keunikan warna serta corak yang terlukis pada sayapnya dan harganya semakin tinggi sekiranya kedua-dua faktor tersebut semakin terserlah. Sayap ikan laga itu juga semakin menghampiri bentuk separuh bulan iaitu seperti kipas yang sangat cantik pada usia dua setengah bulan sehingga empat bulan iaitu tempoh yang paling cantik dan ditunggu oleh peminatnya.

Berdasarkan pengalamannya, beliau pernah menjual seekor ikan laga pada harga RM250 iaitu gred terbaik manakala ikan laga pada harga pertengahan pula mencecah sehingga RM100 hingga RM200. Bagaimanapun, pasaran ikan laga yang dikeluarkan oleh Mariyati lebih menjurus kepada peringkat penggemar biasa iaitu pada harga kira-kira RM30 dan ke bawah. Ketika ini juga, jualan ikan laganya dalam seekor mencecah sehingga 3,000 hingga 4,000 ekor dan dijual secara kontrak dengan pengedar untuk di pasarkan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Malah, kawasan penternakannya juga tidak pernah sunyi dikunjungi oleh penggemar ikan laga yang datang dari setiap pelosok negeri untuk memilih sendiri ikan laga yang dihajati.

Selain menjalankan projek penternakan ikan laga sendiri, Mariyati turut mengambil upah membela ikan-ikan laga daripada individu lain seperti ikan laga liar yang baru sahaja diambil semula oleh tuan punya. Upah yang diperoleh daripada membela ikan laga ini juga tidak kurang lumayannya dan pernah mencecah sehingga RM600 hanya untuk tempoh beberapa bulan.

Sebagai perancangan masa depan, Mariyati bercadang untuk mendapatkan sebidang tanah dengan kerjasama Jabatan Perikanan bagi meluaskan lagi projek penternakan ikan hiasannya. “Sekiranya tiada halangan, kawasan baru itu nanti akan dibina berkonsepkan pameran dalam taman yang mana selain datang membeli ikan laga, pengunjung juga dapat melihat dengan lebih dekat kecantikan dan keunikan ikan laga ini,’’ katanya. Malah, beliau juga yakin cita-citanya itu mampu dicapai apatah lagi dengan bantuan daripada Jabatan Perikanan dari segi penyediaan infrastruktur serta galakan yang diberikan supaya projeknya mampu dijadikan contoh dan rujukan kepada penternak baru.

Ikan laga dan hiasan

Menurut kajian yang dilakukan, Malaysia merupakan pengeluar terbesar ikan hiasan dunia Malaysia merupakan antara pengeluar yang menghasilkan ikan Discus,Ikan Emas,Koi,dan Kelisa yang terbaik di dunia...bangga tak?hihih..errmm ok arini aku akan ajar korang camner nak wat breeding atau pembiakan ikan laga atau ikan spilar yang femes pada masa kita kecik2 dulu ni..sekarang pun ikan ni mempunyai peminat mereka yang tersendiri..

pendahuluan
Ikan laga ni sebenarnya mempunyai beberapa varieti atau jenis2 yang berbeza..ia dapat dikenal pasti melalui bentuk ekor nya.ada spesis crown tail,half moon,moon atau jenis yang biasa.yang femes atau harga yang mencecah rm 20 hingga ratus2 sekor biasanya half moon..cantik kalo korang tengok..meleleh air liur.caya arr aku cakap..gambar yang aku tunjuk tu crown tail.ikan laga nie mempunyai bermacam2 warna dan kualitinya juga dinilai dari warna,sama ada sekata ke,seragam ke..gitu arr..aku pun xberape expert..

jantina
cara nak kenal ikan jantan senang ajer..biasernya ikan jantan ekor die panjang.tapi tidak semestinya sebab sekarang nie para penternak dah hasilkan betina yang ekor panjang gak.Jadi masalah arr sket..tapi yg betina ni korang akan dapat kenal pasti melalui abdomen dan juga biji putih di bahagian anusnya..bwh ikan tuh arr..

kematangan
untuk pembiakan korang memerlukan induk yang matang jadi pilihla dengan betul..

jantan
induk jantan yang matang dan bersedia untuk membiak akan membuat buih di permukaan..tuh maknenya dia ngan 'hot' arr tuh.

betina
Bagi yang betina plak,macam biasa arr perut atau abdomen dia akan buncit,dan terdapat biji putih di bahagian anusnya...

Kaedah pembiakan
Bagi kaedah pembiakan,korang kene sediakan yang selesa 1 kaki x 1 kaki x 1 kaki.tapi lagi kecik pun takder masalah..aku cume cakap hak asasi ikan tuh arr.cube korang bayangkan korang baru kahwin dan dapat bilik yg sangat sempit untuk malam pertama.huih..seksa..macam tu jugak ar dengan ikan laga neh..bagi nak bagi tongkat ali atau super power atau orang kampung kt ikan nie letak arr daun ketapang...air die akan jadi berasid dan sesuai untuk pembiakan..die lagi gersang..dan cepat membiak.untuk meransang pembentukan buih oleh jantan,sebaiknya letak arr polistrene atau kiambang untuk mengekalkan buih tuh sebab ikan akan suka buat buih di bawahnya..

sebaiknya korang letak dulu bekas yang ada induk jantan dan induk betina ni sebelah2 di dalam bekas yang berasingan dulu,ye la kan bagi kenal2 dulu,main sms dulu ker..jagi xder arr dieorang wat secara ganas nanti.lagi satu dalam tangki pembiakan letak arr daun atau batu kecik utk jadi pelindung kepada betina,mana la kita tau kan die dapat laki ganas ker..jadi kene arr bagi perlindungan..

selepas jantan buat buih baru arr dimasukkan induk betina..induk jantan dan betina nie sebaiknya dicampurkan atau dikahwinkan di awal pagi..menjelang tengahari ikan nie akan melakukan ritual peneluran..ikan jantan akan menari dengan mengibaskan ekornya,membelit betina dan mengutip telur dan memasukkannya ke dalam buih..benda nie akan berlaku dari setengah jam hinga sejam gitu arr..selepas tu keesokan harinya ceraikanla dieorang..alih yg betina tinggalkan yang jantan sahaja..sebab jantan akan jaga telur dan ditakuti yg betina akan makan telur atau anak..

telur tu akan menetas dalam masa 24jam hingga 36jam bergantung pada suhu semasa..sebaiknya letak di atas kayu atau rak..jangan letak atas simen..sejuk..mati ikan nanti.selepas sehari anak ikan menetas.alih arr jantan plak ke dalam bekas lain.sebab ikan jntan nie da lama tak makan,jadi ia lapar dan ditakuti ia akan makan anak die sendiri(bukan ditakuti,memang ye pun).

Penjagaan anak
anak2 ikan laga perlu diberi makan selepas 3 hari mereka menetas,korang tenok arr perut atau yolk dieorang da kempis baru bagi makan..seeloknya rotifer disamping air hijau sebagai supplemen..kebaikan air hijau ni die akan melindungi badan anak ikan dari penembusan cahaya matahari yang boleh merosakkan mata dan organ anak ikan tersebut.air hijau nie sebenarnya mengandungi phytoplankton bernama chorella secara majoritinya,tapi ada gak banyak species lain yg ada.ia boleh didapati dari air ternakan ikan tilapia,ikan keli.korang perhatikan air dalam kolam ternakan dua spesis ni hijau,tu arr air hijau yang dimaksudkan..ok?

selepas seminggu cuba ar dapatkan moina atau artemia untuk peringkat pemakanan seterusnya..ikan laga nie akan makan apa sahaja yang muat dengan mulutnye..satu lagi tips ikan laga nie akan lagi cantik dan cepat membesar jika diberi makanan hidup mcm jentik2 ataupun frozen blood worm...cube arr yerkk!!

Newer Posts Home

 

blogger templates | Make Money Online